Bilangan Pengunjung

Thursday, March 4, 2010

Kos untuk Perunding di LPT2?



Ramai dari kita kadangkala keliru mengenai kos yang terlibat bagi perunding yang mengawasi LPT2. Berikut merupakan ringkasan kos yang terlibat dari peringkat awal rekabentuk hinggalah peringkat akhir pembinaan.

Kos Perkhidmatan Perunding


dibahagikan kepada 2 peringkat
1. Kos Peringkat Rekabentuk
2. Kos Peringkat Penyeliaan

1. Kos Peringkat Rekabentuk

dibahagikan pula kepada dua kos iaitu:
  • kos yuran iktisas perunding(design fees)
  • kos imbuhan balik semasa rekabentuk dan semasa pembinaan - contoh tuntutan perjalanan perekabentuk untuk ke tapak

2. Kos Peringkat Penyeliaan

dibahagikan pula kepada dua kos iaitu:

  • kos penyeliaan(supervision fees) - gaji & elaun bulanan perunding di tapak
  • kos imbuhan balik - contoh tuntutan perjalanan & minyak

Kebiasaannya bagi kos peringkat penyeliaan, tuntutan akan dibuat melalui Pengurus Besar dan kemudiannya disemak & diproses secara bulanan.


Nota : Kos Peringkat Rekabentuk dan Kos Peringkat Penyeliaan adalah dari 2 perjanjian MOA yang berbeza.

No comments:

Post a Comment